POLITIK

Nama calon baharu Ketua Pembangkang belum muktamad – Takiyuddin

KOTA BHARU – Parti PAS sudah membincangkan mengenai pelantikan ketua pembangkang yang baharu namun belum memutuskan calon yang akan dicadangkan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, terdapat beberapa calon yang dikemukakan dalam perbincangan tersebut.

“Setakat ini belum ada apa-apa lagi sehingga habis persidangan Parlimen baru-baru ini. Mesyuarat sudah ada tapi kita kekal begitu dan tidak diputuskan, adalah beberapa orang.

“Dalam kita bercakap soal pembangkang, apa yang penting kepada kita adalah jumlah anggota pembangkang yang ramai. Kita tidak mahu berlaku apa-apa keadaan yang menyebabkan ahli kita makin kurang.

“Di Parlimen ia membabitkan pengundian dan kita tidak mahu berlaku apa-apa dalam parti anggota Perikatan Nasional (PN) menyebabkan ahli berkurang,” katanya, hari ini.

Ditanya ada yang mengatakan calon yang menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin adalah beliau, Takiyuddin berkata ura-ura itu biasa.

“Orang lain pun ramai lagi, ada Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Apapun kita jangka perkara ini diputuskan sebelum persidangan Parlimen akan datang,” katanya lagi.

Laporan media sebelum ini menyebut, PAS akan mengambil alih jawatan sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat, yang mana nama Ahli Parlimen berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

Jawatan Ketua Pembangkang kini disandang bekas Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut.

Jawatan ketua pembangkang baharu perlu dipersetujui parti-parti komponen PN dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button