PKR pertimbang ambil tindakan undang-undang aktivis persenda parti itu
CYBERJAYA – Parti PKR sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang aktivis yang mengaku mempersenda parti itu dengan memohon keahlian dan menggunakan logonya di media sosial.
Menurut Timbalan Setiausaha Agung PKR, Aidi Amin Yazid, PKR memandang serius setiap permohonan keahlian dan mengharapkan pemohon berkongsi nilai yang sama, lapor FMT.
Beliau seterunya berkata, pihak parti turut mengambil maklum tentang pengakuan aktivis tersebut bahawa permohonan keahliannya hanyalah gurauan.
“(Individu tersebut) telah mencemarkan nama baik parti dengan menyalahgunakan logo dalam hantaran media sosialnya sebelum ini.
“PKR sedang meneliti tindakan undang-undang terhadapnya bagi menghalang perbuatan mempersenda pada masa akan datang yang boleh mencetuskan ketidakharmonian di sebalik permohonan keahlian,” katanya dalam laporan tersebut.
Aidi Amin kemudiannya memberitahu, keahlian aktivis tersebut masih belum disahkan.
Laporan portal Mkini sebelum ini menyebut, aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak mengaku beliau sekadar mempersenda PKR dan penyokongnya dengan mendaftar untuk menyertai parti itu.
Menurutnya, pengumuman terbukanya mengenai perkara itu tidak lebih daripada sekadar bahan jenaka.
“Benda gurau bila kena terangkan, jadi tak best. Yelah, nanti aku hantar borang PAS pulak. Ok tak pembaris?” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.
Khamis lepas, Tamim memuat naik dua hantaran di Facebook dan menyuarakan hasrat untuk menyertai PKR sambil meminta borang pendaftaran, kemudian memaparkan permohonan dalam taliannya yang telah lengkap dan sedang menunggu kelulusan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








