
Keputusan SPM 2025 diumum 31 Mac, lebih 413,000 calon terlibat
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac ini.
Menurut KPM, seramai 413,299 calon telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan yang berlangsung di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Bagi calon sekolah, keputusan boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi pada hari pengumuman.
Sementara itu, calon persendirian pula boleh mendapatkan keputusan dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
KPM turut mengingatkan pihak sekolah supaya memastikan proses penyerahan keputusan kepada calon dilaksanakan dengan teratur dan lancar.
Selain hadir ke sekolah, calon juga boleh menyemak keputusan melalui dua kaedah lain:
1. Slip keputusan boleh diperoleh melalui laman web myresultspm.moe.gov.my bermula 10 pagi, 31 Mac 2026 (Selasa) hingga 6 petang, 6 April 2026 (Isnin).
2. Calon boleh mendapatkan ringkasan keputusan dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan menghantarnya ke 15888. Perkhidmatan ini turut dibuka dari pukul 10 pagi, 31 Mac 2026 hingga 6 petang, 6 April 2026.
KPM dalam kenyataannya turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon SPM 2025, sambil berharap kejayaan yang dicapai mampu menjadi dorongan untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








