INISIATIF KERAJAAN

Baucar buku RM100 pelajar sekolah menengah diberi dalam masa terdekat – KPM

PUTRAJAYA – Pemberian baucar buku bagi pelajar sekolah menengah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menurut KPM, inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sedang diperincikan dan dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta pelajar.

“Inisiatif ini juga bertepatan dengan usaha KPM untuk menjadikan amalan membaca sebagai keutamaan dalam kalangan pelajar yang dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan ilmu pengetahuan,” katanya kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan pemberian baucar buku RM100 bagi pelajar sekolah menengah di bawah KPM dan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) semasa merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Beliau berkata, inisiatif itu diteruskan bagi tahun ini dan boleh digunakan di PBAKL 2026 yang berlangsung selama 10 hari bermula hari ini hingga 7 Jun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button