BERITA SEMASA

KPM ucap takziah murid lemas di Pantai Balok

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan rasa dukacita serta merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seorang murid yang ditemui lemas di Pantai Balok, Pahang, semalam.

Dalam kenyataan hari ini, KPM mendoakan semoga roh Allahyarham Muhammad Luqman Kamil Jamaluddin ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Menurut kementerian itu, keutamaan ketika ini adalah untuk memastikan bantuan terbaik disalurkan kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung.

“KPM turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” menurut kenyataan tersebut.

Pada masa sama, KPM memaklumkan kejadian berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Selain itu, siasatan dalaman turut dijalankan bagi meneliti pematuhan terhadap setiap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan,” katanya.

Mayat remaja lelaki berkenaan dilaporkan hilang ketika keluar mencari kepah di Pantai Balok, Kuantan semalam ditemui pada pukul 2.15 petang tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button