KPM ucap selamat menduduki SPM 2025, seru calon tenang dan yakin
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 kepada semua calon di seluruh negara yang akan memulakan peperiksaan mereka bermula minggu ini.
Dalam satu kenyataan ringkas di media sosial, KPM menyeru semua calon supaya melakukan yang terbaik dan menjadikan kejayaan sebagai matlamat utama selepas melalui tempoh pembelajaran yang panjang.
“Selamat menduduki peperiksaan SPM 2025 kepada semua calon di seluruh negara. Buat yang terbaik, semoga kejayaan menjadi milik anda,” menurut kenyataan itu.
Mengikut jadual peperiksaan yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan, sesi SPM 2025 akan berlangsung secara berperingkat bermula dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dari 3 hingga 6 November, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 10 hingga 13 November.
Seterusnya, Ujian Amali Sains dijadualkan pada 17 hingga 19 November, manakala Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan pada 20 November.
Bagi Peperiksaan Bertulis, calon akan mendudukinya mulai 25 November hingga 23 Disember 2025.
KPM turut menzahirkan harapan agar semua calon menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin, di samping menghargai usaha guru serta ibu bapa yang banyak berkorban dalam memastikan kejayaan mereka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








