BERITA SEMASA

Putrajaya, Pulau Pinang, KL jadi rintis sekolah bertingkat

PUTRAJAYA – Projek rintis sekolah bertingkat akan dilaksanakan di Putrajaya, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur mulai tahun ini.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan, inisiatif dengan kerjasama rakan strategik korporat itu akan dilaksanakan bagi menangani isu kepadatan sekolah terutama di kawasan yang berkepadatan tinggi.

“Ia boleh mengurangkan kos projek dan pada masa sama, memastikan infrastruktur serta akses pendidikan terbaik dapat disediakan untuk murid,” katanya hari ini.

Bulan lalu, media melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang untuk membangunkan sekolah berkonsep menegak yang menempatkan bangunan dua blok dengan kapasiti antara 10 hingga 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata syor itu bagi memenuhi keperluan tanah terhad dan pertambahan penduduk di ibu negara.

Dr Zaliha dipetik berkata, cadangan berpandukan konsep diguna pakai beberapa negara maju itu akan dibincangkan bersama KPM bagi tujuan pelaksanaannya kelak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button