50 keluarga PPR Pantai Ria terima sumbangan Sinar Ramadan
KUALA LUMPUR – Seramai 50 penerima terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal dan anak yatim piatu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria menerima bantuan menerusi program Sinar Ramadan: Kempen Sekeluarga Sekampit Beras 2026, hari ini.
Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil berkata, bantuan yang disalurkan merangkumi sekampit beras, barangan keperluan dapur serta sumbangan tunai RM100 bagi meringankan beban penerima sempena Ramadan.
Majlis penyerahan bantuan yang berlangsung di Surau Al-Hijrah, PPR Pantai Ria itu turut dihadiri Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin serta Setiausaha Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT), Mas Ali.
Dalam hantaran berasingan di media sosial, ABIM memaklumkan kempen berkenaan diadakan bagi memastikan keluarga asnaf dapat membuat persiapan dan berbuka puasa dalam suasana lebih tenang dan teratur.
Secara keseluruhan, sebanyak 300 keluarga disasarkan menerima manfaat menerusi kempen itu sepanjang Ramadan tahun ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








