BERITA SEMASA

82,092 calon ditawarkan pengajian ijazah sarjana muda di 20 Universiti Awam

PUTRAJAYA – Seramai 82,092 calon lepasan matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran. Malaysia (STPM), Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), diploma dan setaraf menerima tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di 20 Universiti Awam (UA) bagi sesi kemasukan kali ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, jumlah berkenaan mewakili 76.10 peratus daripada keseluruhan 107,875 permohonan yang layak diterima menerusi sistem UPUOnline®.

Menurut KPT, sebanyak 1,146 program pengajian ijazah sarjana muda ditawarkan kepada calon yang berjaya.

“Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah,” menurut kenyataan KPT.

Dalam pada itu katanya, calon yang tidak menerima tawaran masih berpeluang mendapatkan tempat melalui saluran rayuan UPUOnline®.

Katanya, proses rayuan dibuka selama 10 hari, bermula 14 Ogos 2026 pada jam 12 tengah hari hingga 23 Ogos 2026, jam 5 petang.

Sementara itu KPT turut mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya menerima tawaran serta berharap peluang melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi dimanfaatkan sebaik-baiknya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button