BERITA SEMASA

Keputusan kemasukan ke IPTA, ILKA diumum 28 Jun ini

PUTRAJAYA – Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti (KK) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) peringkat sijil, asasi dan diploma sesi akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 28 Jun ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), keputusan itu boleh disemakĀ  hingga 7 Julai hadapan bermula jam 12 tengah hari hingga 5 petang.

“Keputusan ini boleh disemak secara atas talian melalui pautan https://jpt.utm.my
atau https://jpt.uum.edu.my atau https://jpt.unimas.my atau https://jpt.ums.edu.my atau https://jpt.umt.edu.my.

“Selain melalui aplikasi mobile UPUPocket di telefon pintar,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 29 Jun hingga 7 Julai ini di laman web IPTA dan ILKA.

Katanya, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 29 Jun ini setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

“Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnlineĀ® bagi kemasukan ke UA dan politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 28 Jun 2024 jam 12 tengah hari sehingga 7 Julai 2024, jam 5 petang.

“Rayuan ke kolej komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnlineĀ®.

“Tawaran tempat bagi sesi akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu katanya, sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnlineĀ® boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi
Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62000 Putrajaya.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button