LUAR NEGARA

8 maut siri runtuhan salji di pergunungan Alps

VIENNA – Angka korban akibat runtuhan salji di kawasan pergunungan Alps meningkat kepada lapan orang apabila tiga peluncur ski warga Republik Czech disahkan maut.

Laporan AFP yang memetik sumber polis tempatan berkata, kejadian berlaku di daerah Murtal, wilayah Styria itu menyusuli insiden runtuhan di kawasan Pongau berhampiran Salzburg.

Dalam kejadian itu, empat peluncur ski maut selepas satu runtuhan salji melanda kumpulan lain.

Seorang lagi mangsa dilaporkan cedera parah.

Ketua Penyelamat Gunung Pongau, Gerhard Kremser berkata, tragedi itu berlaku walaupun amaran bahaya runtuhan salji telah dikeluarkan berulang kali kepada orang ramai.

Sejak minggu lalu, beberapa kejadian runtuhan salji berlaku di seluruh Alps berikutan salji lebat.

Pada Selasa lalu, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun turut maut di pusat peranginan Bad Gastein.

Pihak berkuasa terus mengingatkan peluncur ski supaya mematuhi amaran keselamatan dan mengelakkan aktiviti di kawasan berisiko tinggi bagi mengelakkan lebih banyak korban.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button