32 pelajar selamat selepas bas terbabas di Kulim, pemandu cedera kepala
KULIM – Seramai 32 pelajar sebuah kolej swasta terselamat selepas bas yang membawa mereka terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dalam kejadian di Jalan Lebuh KTC, dekat sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, kejadian pada pukul 7.35 pagi itu membabitkan sebuah bas yang dalam perjalanan dari Taman KTC1 menuju ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Menurut beliau, siasatan awal mendapati bas yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
“Akibat kejadian itu, pemandu bas mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan serta pemeriksaan lanjut.
“Bagaimanapun, kesemua 32 pelajar yang berada di dalam bas tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka kemudian dihantar ke kolej menggunakan van yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








