Zambry hargai persahabatan lebih tiga dekad mantan Pemuda UMNO
KUALA LUMPUR – Ikatan persahabatan yang terjalin sejak lebih tiga dekad lalu terus diperkukuhkan menerusi Program Makan Siang Sahabat Mantan Pemuda UMNO yang berlangsung di Dewan Komuniti Setiawangsa, semalam.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, hubungan persahabatan yang terjalin lebih 30 tahun bukan sesuatu yang mudah dibina dan dipelihara.

“Sebaliknya ia terbentuk melalui kepercayaan, keikhlasan serta perkongsian suka dan duka sepanjang perjalanan hidup,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata, program berkenaan menjadi ruang bermakna untuk bekas pemimpin dan ahli Pemuda UMNO kembali berkumpul.
“Perjumpaan ini mengeratkan silaturahim dan menghidupkan semula kenangan dalam suasana santai.
“Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus kekal dan diberkati,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








