Zahid jemput rakyat hadir Sambutan Hari TVET Negara di Putrajaya
PUTRAJAYA – Tinggal tujuh hari lagi menjelang penganjuran Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempelawa orang ramai untuk hadir memeriahkan sambutan berkenaan yang menampilkan pelbagai pengisian berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Menurutnya, pelbagai program menarik akan disediakan kepada pengunjung termasuk pameran teknologi dan inovasi, peluang kerjaya, pertandingan kemahiran serta aktiviti santai yang sesuai untuk seisi keluarga.
“Sambutan yang berlangsung selama tiga hari itu dijangka menjadi platform penting dalam memperkukuh agenda TVET negara selain memberi pendedahan lebih luas kepada golongan muda mengenai bidang berkenaan.
“Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan sambutan tersebut di Dataran Putrajaya dari jam 9 pagi hingga 10 malam sepanjang tempoh penganjuran,”katanya dalam satu hantaran di platform Threads hari ini.
Sambutan Hari TVET Negara 2026 dilihat sebagai antara inisiatif berterusan kerajaan dalam memperkasakan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi selaras keperluan industri semasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








