BERITA SEMASALUAR NEGARA

Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian tanah runtuh di New Zealand

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di New Zealand, hari ini.

Menurut Kementerian Luar, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau rapi perkembangan susulan insiden tersebut, yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Gunung Maunganui pada kira-kira 9.30 pagi (waktu tempatan).

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa New Zealand yang berkaitan dan Persatuan Malaysia Auckland berhubung insiden berkenaan.

“Kementerian mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi di talian +64-4-385 2439 (talian utama) atau +64-21-044 0188 (bantuan konsular kecemasan/selepas waktu pejabat).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button