White House umum senarai anggota Lembaga Keamanan Gaza
WASHINGTON – White House mengumumkan senarai anggota Lembaga Keamanan Gaza yang dikritik beberapa pihak kerana pelan Presiden Amerika (AS), Donald Trump itu dianggap menyerupai penyelesaian kolonial ke atas rakyat Palestin.
Menurut BBC, meskipun senarai itu telah dikeluarkan, beberapa perkara masih belum diketahui termasuk penambahan individu lain dan struktur susun atur sebenar.
Anggota Lembaga Eksekutif Pengasas akan memfokuskan pelaburan dan diplomasi, manakala Lembaga Eksekutif Gaza pula bertanggungjawab untuk mengawasi semua kerja di lapangan bersama Jawatan Kuasa Kebangsaan untuk Pentadbiran Gaza (NCAG).
Jawatankuasa tersebut akan diketuai bekas anggota Kabinet Pihak Berkuasa Palestin, Dr. Alih Shaath
White House menyifatkan Dr. Alih sebagai ‘seorang pemimpin teknokratik dihormati ramai yang akan menyelia pemulihan perkhidmatan awam, membina semula institusi awam dan menstabilkan kehidupan seharian di Gaza, sambil meletakkan asas untuk tadbir urus jangka panjang.’
Selain itu, tujuh ahli Lembaga Eksekutif Pengasas adalah rakyat Amerika termasuk Setiausaha Negara AS, Marco Rubio; menantu Trump, Jared Kushner dan Utusan Khas AS, Steve Witkoff.
Ahli lain termasuk Presiden Kumpulan Bank Dunia, Ajay Banga dan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang akan menimbulkan kebimbangan tentang bagaimana Lembaga Keamanan akan beroperasi.
Lembaga Eksekutif untuk membimbing Lembaga Keamanan akan dipengerusikan oleh Trump sendiri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








