Warga emas, jiran terperangkap di koridor luar tingkat 14 berjaya diselamatkan
GEORGE TOWN – Seorang warga emas berusia 78 tahun dan jirannya berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap di koridor luar tingkat 14 sebuah bangunan di Jalan Lenggong, Symphony Park, Jelutong semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 tengah hari sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak dikerahkan ke lokasi.
Menurutnya, kejadian bermula apabila warga emas terbabit cuba keluar melalui tingkap belakang biliknya untuk membuka pintu utama rumah dari bahagian luar selepas menyangka pintu biliknya terkunci.
“Bagaimanapun, usahanya gagal. Seorang jiran berusia 50 tahun yang menyedari kejadian itu cuba membantu, namun kedua-duanya keletihan dan akhirnya terperangkap di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, anggota bomba kemudian memasuki kediaman itu melalui pintu hadapan sebelum berjaya menyelamatkan kedua-dua mangsa tanpa sebarang kecederaan.
Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 1.52 tengah hari.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








