BERITA SEMASADALAM NEGERI

Wanita rugi lebih RM200,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud

KULAI – Seorang wanita berusia 45 tahun mengalami kerugian RM219,320 akibat diperdaya sindiket pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee berkata, mangsa bekerja sebagai pengaturcara sistem, ditawarkan keuntungan sehingga 20 peratus dalam tempoh 24 jam.

“Mangsa kemudian melakukan sembilan transaksi wang ke tiga akaun bank, bermula 9 Disember 2025 hingga 12 Februari lalu.

“Semakan pada akaun pelaburan terlibat mendapati mangsa menerima keuntunga RM336,544, namun akaun tersebut disekat ketika mangsa hendak mengeluarkan wang,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button