BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAAN

NSRC baharu dilancar, aduan terus dianggap laporan polis

PUTRAJAYA – Pusat Respons Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre – NSRC) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan beroperasi sepenuhnya dari pusat operasi baharu di Cyberjaya dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu diambil bagi memperkukuh usaha menangani jenayah penipuan dalam talian yang mencatatkan kerugian yang tinggi.

Menurutnya, sebelum ini pusat aduan jenayah dalam talian beroperasi di bawah Bank Negara Malaysia sebagai gabungan pelbagai agensi termasuk PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Keputusan yang dibuat tahun lepas ialah menjadikan PDRM sebagai peneraju utama, disertai peruntukan khusus dan premis operasi baharu.

“Trend jenayah penipuan khususnya jenayah komersial menunjukkan peningkatan kerugian yang jauh lebih besar berbanding jenayah konvensional.

“Oleh itu, adalah munasabah operasi polis memberi tumpuan lebih kepada jenayah ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di Puspanitasari, di sini hari ini.

BACA: https://malaysiatribune.news/berita-semasa/tunggakan-permohonan-kewarganegaraan-berbaki-kurang-4000-kdn/

BACA: https://malaysiatribune.news/berita-semasa/pindaan-perlembagaan-berkaitan-kewarganegaraan-anak-lahir-di-luar-negara-dijangka-berkuat-kuasa-jun/

Tambah beliau, pusat itu sudah beroperasi dan menerima sekitar 500 panggilan aduan sehari, dengan separuh daripadanya merupakan kes yang sah.

“Pindaan yang dibuat tahun lalu menetapkan bahawa aduan yang dibuat akan terus dianggap sebagai laporan polis, tanpa perlu hadir ke balai seperti sebelum ini sekali gus memudahkan pengadu,” katanya.

Langkah itu disifatkan sebagai lebih mesra rakyat dan mampu mempercepatkan tindakan penguatkuasaan terhadap sindiket penipuan dalam talian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button