LUAR NEGARA

Wanita maut dibakar dalam kereta api bawah tanah

NEW YORK – Seorang wanita dilaporkan maut setelah dibakar ketika dia sedang tidur dalam kereta api bawah tanah, semalam.

Lapor Reuters, susulan kejadian, pihak polis telah menahan seorang suspek dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Pesuruhjaya Polis New York, Jessica Tisch dipetik sebagai berkata, ketika kejadian, mangsa yang belum dikenal pasti itu sedang tidur di atas kereta api F yang berhenti di stesen kereta api bawah tanah Coney Island-Stillwell Avenue di Brooklyn pada kira-kira pukul 7.30 pagi (waktu tempatan).

Seorang lelaki kemudian menghampiri mangsa dan membakar pakaian wanita itu menggunakan pemetik api.

“Apa yang mereka lihat ialah seseorang yang berdiri di dalam kereta api yang terbakar sepenuhnya dan bertindak menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan api.

“Wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota kecemasan,” katanya.

Tambahnya, tiada interaksi sebelum serangan itu dan mereka tidak percaya kedua-dua individu itu mengenali antara satu sama lain.

Suspek kemudiannya turun dari kereta ketika anggota polis yang membuat rondaan di stesen bergegas ke tempat kebakaran.

Sehingga November, terdapat sembilan kes pembunuhan dilaporkan di kereta api bawah tanah pada 2024, berbanding lima dalam tempoh yang sama pada 2023, menurut data polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button