JENAYAH & MAHKAMAH

Lima ‘rider’ makanan didakwa kes lelaki diikat, dipukul sampai mati

BANDAR BARU BANGI – Lima ‘rider’ penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh seorang pemandu lelaki sehingga maut susulan kemalangan di Taman Pelangi, Semenyih 2, pada 20 Februari lalu.

Kesemua tertuduh tiba jam 8.58 pagi tadi diwakili peguam Mohd Hafiz.

Ketika pertuduhan dibacakan, kesemua tertuduh mengangguk tanda faham di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Dalam pada itu mahkamah menyatakan tiada jaminan diberikan dan menetapkan 25 April depan bagi serahan status forensik, laporan kimia dan bedah siasat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button