BERITA SEMASA

Wanita masalah mental maut dilanggar di Jambatan Sultan Mahmud

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita pesakit mental yang dipercayai berbaring di atas jalan maut selepas dilanggar sebuah kereta di Jambatan Sultan Mahmud, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja dan pejalan kaki pada 2.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta yang datang dari arah Gong Badak, Kuala Nerus menghala ke Kampung Gong Sentul, Kuala Berang telah terlanggar pejalan kaki yang berbaring di tengah jalan.

“Pemandu kereta tidak sempat mengelak disebabkan jarak yang terlalu dekat.

“Kemalangan menyebabkan mangsa Ainun Wahab, 39, yang juga pesakit mental maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957. – Bernama

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button