POLITIK

Wanita KEADILAN lancar Tabung 30WReps

PUTRAJAYA – Wanita KEADILAN Pusat hari ini mengumumkan penubuhan Tabung 30WReps bagi membantu anggota wanita parti yang akan bertanding sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan dana permulaan sebanyak RM50 ribu.

Ketuanya, Fadhlina Sidek berkata, tabung ini merupakan perintis kepada tindak susul daripada Program Pemantapan Representasi Wanita Dalam Parlimen yang berlangsung di Hotel Pulse Grande Hotel, Putrajaya, hari ini.

Di samping itu, program ini juga merupakan satu kempen dalam KEADILAN untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita sebagai calon dalam PRN dan PRU akan datang.

“Wanita KEADILAN juga amat peka dalam usaha melahirkan pemimpin pelapis yang terdiri dalam kalangan wanita-wanita muda,” kata Fadhlina dalam ucapannya ketika merasmikan program berkenaan.

Fadhlina turut mensasarkan kutipan tabung ini akan bertambah secara berganda menjelang Kongres parti, PRN dan PRU akan datang, dengan tabungan akan diisi menerusi komitmen bersepadu anggota Wanita KEADILAN di seluruh negara.

Sementara itu, Fadhlina turut mengumumkan program ‘Run To Win Change Malaysia’ Wanita KEADILAN yang akan menyediakan Senarai Calon Kompentesi untuk PRN dan PRU.

Senarai itu akan mengandungi calon-calon wanita yang terdiri daripada Senarai Sedia Ada, Senarai Berpotensi dan Senarai Calon Akan Datang.

“Bagi wanita muda pula, akan dianjurkan Forum Industri Wanita (FEWIT) yang akan mengerakkan seluruh golongan tersebut dalam platform tersebut.

“Program ini akan dilaksanakan pada awal Januari 2025 ddengan tujuan mendidik wanita termasuk menguruskan sesi-sesi profesional.

“Tindak susul ini merupakan satu usaha yang akan dapat memastikan sasaran 30 peratus Wanita KEADILAN sebagai ADUN dan (Ahli) Parlimen dapat direalisasikan,” kata Fadhlina lagi.

Program Pemantapan Representasi Wanita Dalam Parlimen anjuran Wanita KEADILAN Pusat ini dihadiri seramai 100 peserta dari seluruh negara, dan terdiri daripada anggota Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN (MPWP) , Ketua Wanita Cabang, Srikandi dan pelajar-pelajar Sekolah Wanita (SWAN).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button