BERITA SEMASADALAM NEGERI

Wanita hilang selepas lawat suami di hospital

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan seorang wanita tempatan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari Hospital Shah Alam (HSA) selepas melawat suaminya yang menerima rawatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, wanita berusia 41 tahun itu kali terakhir berhubung dengan suaminya pada pukul 3 petang menerusi aplikasi WhatsApp, sebelum gagal dikesan sehingga kini.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati mangsa keluar dari HSA kira-kira pukul 2 petang, namun tidak pulang ke rumah.

“Laporan kehilangan mangsa dibuat oleh adiknya pada pukul 12.06 tengah malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Nazla Abdul Halim, berketinggian 165 sentimeter, berat 92 kilogram, berkulit kuning langsat dan bertudung.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Izzman Mohd Idrus yang juga Ketua Polis Balai Seksyen 6 di talian 013-400 3355.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button