Anjing serang kanak-kanak di Cheras tidak bertuan
KAJANG – Siasatan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mendapati anjing yang menggigit seorang kanak-kanak berusia enam tahun di Taman Megah, Batu 9, Cheras, kelmarin tidak bertuan.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, haiwan yang menyerang kanak-kanak berkenaan disahkan sebagai haiwan liar.
“MPKJ sudah mengeluarkan surat pemakluman untuk anjing itu diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ditanya mengenai keadaan mangsa serangan haiwan itu, beliau berkata, mangsa masih dirawat di Wad Kanak-Kanak Hospital Putrajaya.
Kejadian serangan haiwan itu tular di media sosial apabila video serta gambar mangsa berlumuran darah tersebar, sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk setempat terhadap keselamatan kanak-kanak di kawasan perumahan terbabit.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment