Ganggu kejiranan, DBKL tangkap lebih 15 anjing
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangkap lebih 15 ekor anjing
dalam operasi di Jalan Kepong Lama, Kampung Batu Delima, di sini, semalam.
DBKL dalam kenyataan berkata, penangkapan itu susulan aduan penduduk berhubung gangguan bunyi bising dan bau busuk sekitar kejiranan.
Jelas DBKL, siasatan mendapati semua anjing terbabit dipelihara tanpa lesen serta tidak dikawal dengan baik hingga menimbulkan ancaman kepada orang awam.
“Anjing-anjing ini bukan sahaja mengejar orang ramai, malah menimbulkan gangguan terhadap ketenteraman kejiranan.
“Ketika operasi dijalankan, terdapat individu luar yang cuba memprovokasi dan menghalang petugas,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi DBKL hari ini.
Baca juga : Anjing serang kanak-kanak di Cheras tidak bertuan
DBKL berkata, pihaknya bersama agensi penguatkuasaan lain komited memastikan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara dan tindakan sewajarnya diambil terhadap pemilik yang gagal mematuhi peraturan.
“Sayang kepada haiwan itu nilai kemanusiaan, namun hak jiran untuk hidup aman juga perlu dihormati.
“Kita boleh membela, tetapi mestilah berlesen dan tidak menyusahkan orang lain,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






