JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita didakwa tinggal di Terminal 1 KLIA ada masalah mental

SEPANG – Wanita yang didakwa tinggal di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan sebagai rakyat tempatan yang mempunyai masalah mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, pihaknya sudah menahan wanita berkenaan 18 Dis lalu, lapor SH Online.

“Kita telah menahan wanita itu pada 18 Disember lalu.

“Pemeriksaan mendapati wanita tersebut mempunyai kad masalah kesihatan mental dan tindakan lanjut telah diambil dengan menyerahkannya ke Hospital Kajang,” katanya, hari ini.

Bagaimanapun, punca sebenar wanita tempatan itu tinggal di Terminal 1 KLIA masih belum dapat dipastikan.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman seorang individu berada di kawasan terminal bersama barangan peribadi, dipercayai bergantung sepenuhnya kepada kemudahan awam seperti internet, pendingin hawa dan bekalan air yang disediakan di lapangan terbang terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button