Wan Ahmad Farid dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu
PUTRAJAYA – Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan yang baharu bagi menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang menamatkan perkhidmatannya pada awal bulan ini.
Menurut Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah dalam satu kenyataan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, turut dilantik ialah Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah serta Sarawak menggantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang bakal bersara.
“Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai ini di Istana Negara,” katanya hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








