
Wajah baharu restoran berputar Menara KL bakal beroperasi 29 Januari ini
KUALA LUMPUR – Restoran berputar di Menara Kuala Lumpur akan mula beroperasi semula pada 29 Januari ini dengan wajah baharu.
Menurutnya dalam satu kenyataan, restoran itu akan menampilkan gabungan masakan untuk citarasa tempatan dan antarabangsa
“Aras, restoran berputar yang terletak pada ketinggian 282 meter dari aras tanah di Menara Kuala Lumpur akan mula beroperasi pada 29 Januari 2024.
“Restoran Aras menjanjikan pengalaman makan yang unik dengan menu gabungan yang disesuaikan untuk memenuhi citarasa tempatan dan antarabangsa,” katanya hari ini.
Katanya lagi, restoran itu yang diuruskan oleh MKL Cuisine Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. dan bersedia untuk menjadi destinasi kulinari utama di ibu kota.
“Untuk fasa ini, Aras akan menghidangkan makan malam secara eksklusif kepada pengunjung. Selain itu, untuk menawarkan pengalaman yang lebih menarik, restoran ini juga akan menyediakan majlis tertutup bagi sesi makan tengah hari.
“Untuk memastikan pengalaman menjamu selera yang terbaik, pengunjung digalakkan untuk membuat tempahan lebih awal, memandangkan tempat yang tersedia adalah terhad,” katanya.
Dalam pada itu katanya, harga yang ditawarkan untuk hidangan bufet ialah bermula daripada RM199 untuk dewasa dan RM119 untuk kanak-kanak pada hari biasa.
Katanya, untuk Jumaat hingga Ahad dan cuti umum harga bagi dewasa ialah RM249 manakala kanak-kanak RM149.
Pelanggan yang berminat untuk mendapatkan slot di Aras, boleh membuat tempahan melalui 011-28882020 (telefon/WhatsApp) atau e-mel ke booking@aras.kltower.com.my.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







