BERITA SEMASA

Menara Kuala Lumpur dibuka semula esok di bawah pengurusan baharu

PUTRAJAYA – Menara Kuala Lumpur akan kembali dibuka kepada orang awam bermula esok, 9 pagi, menurut kenyataan rasmi Kementerian Komunikasi hari ini.

Pembukaan semula menara ikonik itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Madani dalam memastikan kebajikan para pekerja terjamin, selain menawarkan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk para pengunjung.

“Menara Kuala Lumpur kini dikendalikan oleh syarikat pengurusan baharu, LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM), yang diberi tanggungjawab untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan dengan pendekatan lebih cekap serta berorientasikan pelanggan,”katanya.

Kementerian turut memaklumkan bahawa penekanan akan terus diberikan terhadap aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung, seiring usaha menarik lebih ramai pelawat dari dalam dan luar negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button