BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Orang ramai diingatkan tidak terpedaya video palsu MB Perak tawar wang di TikTok

IPOH – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terperdaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan gambar dan suara Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bagi menawarkan wang tunai dan meminta mangsa menghubungi nombor telefon tertentu untuk membuat tuntutan.

Menurut Saarani, sejak petang semalam, pihaknya menerima banyak aduan mengenai beberapa video kecerdasan buatan (AI)
di platform berkenaan yang seolah-olah memaparkan tawaran wang ringgit daripada beliau, sedangkan perkara itu tidak benar.

“Akaun TikTok terbabit bukan milik saya dan segala tawaran yang dibuat juga tidak benar, saya memohon supaya orang ramai tidak membuat sebarang transaksi dengan pihak yang tidak dikenal pasti.

“Segala bentuk bantuan kerajaan hanya akan diumumkan melalui akaun media sosial rasmi Menteri Besar dan saluran rasmi kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan.

Saarani berkata, perkara itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya segera membuat laporan kepada pihak berkuasa atau melaporkannya kepada platform media sosial terlibat sekiranya mengesan kewujudan akaun palsu, bagi mengelakkan penipuan digital daripada terus berleluasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button