POLITIK

[VIDEO] ADUN Endau umum keluar BERSATU

MERSING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan kembali menyertai UMNO.

Alwiyah berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai aspek yang disifatkan penting demi kebaikan serta masa depan DUN Endau.

@malaysiatribune

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kembali menyertai UMNO. Ketua Bersatu Bahagian Mersing itu berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai aspek yang disifatkan penting demi kebaikan serta masa depan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Setelah mengambil kira beberapa aspek, demi kebaikan dan masa depan DUN Endau, saya telah membuat keputusan untuk mengumumkan keluar daripada parti BERSATU dan meletakkan segala jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta-merta serta kembali bersama UMNO,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Beliau menambah, keputusan untuk turut meletak semua jawatan dalam BERSATU itu dibuat atas kehendaknya sendiri.

Alwiyah kemudiannya menegaskan, pendiriannya untuk terus berkhidmat kepada rakyat di DUN Endau tidak akan berubah meskipun mengambil keputusan meninggalkan BERSATU.

“Saya percaya, tindakan ini dibuat antara lain demi kelangsungan dan masa depan yang lebih baik selain terus memperkukuh aspek penyatuan bagi DUN Endau,” katanya lagi.

Alwiyah turut merakamkan penghargaan kepada para pengundi dan semua pihak yang telah memberikan sokongan serta kerjasama sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan tersebut sejak 2018.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button