SUKAN

UTMB 2026 pecah rekod, penyertaan antarabangsa naik 40 peratus

TAIPING – Edisi ketiga Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 terus mencipta kejayaan apabila mencatat peningkatan hampir 40 peratus penyertaan antarabangsa berbanding tahun lalu.

ewegene tan
Pengarah Ultra-Trail Malaysia 2026 by UMTB, Ewegene Tan

Pengarah Perlumbaan, Ewegene Tan berkata, penganjuran acara yang berlangsung di Taiping itu disifatkan sebagai amat berjaya dengan jumlah keseluruhan penyertaan melebihi 2,900 pelari dari dalam dan luar negara.

Menurutnya, lebih membanggakan apabila lebih 90 peratus peserta berjaya menamatkan perlumbaan meskipun berdepan cabaran laluan lasak dan cuaca yang tidak menentu.

“Peningkatan penyertaan antarabangsa menunjukkan Malaysia Ultra-Trail by UTMB semakin mendapat pengiktirafan dalam kalangan komuniti larian ultra dunia.

“Kami amat berpuas hati dengan sambutan yang diterima serta komitmen peserta yang hadir dari pelbagai negara,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, pelari negara, Michelle Ng turut mencipta sejarah apabila muncul atlet Malaysia pertama yang layak ke peringkat World Finals selepas menamatkan saingan di tempat kedua keseluruhan kategori 50 kilometer (MY50).

Ewegene berkata, antara tarikan utama acara itu adalah pengalaman unik berlari merentasi kawasan hutan simpan yang kaya dengan keindahan alam semula jadi selain suasana meriah di stesen bantuan yang disediakan sepanjang laluan perlumbaan.

Beliau berkata, kejayaan penganjuran kali ini mengukuhkan lagi kedudukan Taiping sebagai destinasi utama sukan lasak dan pelancongan sukan di rantau ini.

utmb my50
Michelle menamatkan pelumbaan UTMB MY50

“Taiping akan terus menjadi tuan rumah bagi edisi akan datang yang dijadual berlangsung pada minggu pertama September 2027.

“Edisi tersebut juga bakal menjadi penganjuran kali ke-10 perlumbaan ini sejak ia diperkenalkan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button