BERITA SEMASA

UM tahan kerja pensyarah dikaitkan dengan mesej jelik

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memaklumkan, pensyarah yang dikaitkan dengan isu penghantaran mesej jelik berbaur seksual, baru-baru ini telah ditahan kerja.

Menurut UM dalam satu kenyataan hari ini, tindakan itu diambil mengikut Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.

“UM akan terus memastikan persekitaran kampusnya selamat dan kondusif termasuklah dengan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan salah laku tanpa mengira jawatan atau status,” kata kenyataan itu.

Sabtu lepas, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengarahkan institusi pengajian tinggi (IPT) itu melaksanakan siasatan segera terhadap dua dakwaan gangguan seksual yang mencemarkan nama baik universiti.

Zambry berkata, arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut bagi menegakkan keadilan selain menegaskan kementeriannya sama sekali tidak bertolak ansur dengan salah laku yang bertentangan undang-undang negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button