Ubah persepi negatif terhadap pengurusan jenazah – Ustaz Kazim Elias
BANGI – Menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk melengkapkan diri dengan ilmu fardu kifayah dan ini termasuklah dalam menguruskan jenazah.
Menurut pendakwah popular, Datuk Mohammad Kazim Elias, masyarakat hari ini sering kali mengaitkan jenazah dengan perkara yang buruk seperti ia boleh membawa malang.
Sebaliknya, beliau menegaskan, jenazah bukan untuk ditakuti sepertimana persepsi negatif yang sering menjadi bahan percakapan.
“Dahulu hendak urus jenazah ambil masa lambat sebab ada barang yang perlu dijahit seperti sarung bantal. Selain itu, kalau tiada siapa yang datang, ada ahli keluarga tidak berani mandikan jenazah.
“Jadi setiap rumah hari ini perlu ada set pengurusan jenazah dan tidak perlu lagi ke kedai runcit dan serbaneka untuk beli barang seperti bunga mawar dan kapur barus,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran set khas pengurusan jenazah edisi Datuk Mohammad Kazim Elias di sini, semalam.

Menyedari bahawa kurangnya pendedahan tentang kepentingan penyediaan awal set pengurusan jenazah di setiap rumah, KAF Digital Media, telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan produk set kelengkapan pengurusan jenazah.
“Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Sani berkata, membaza tagline “satu rumah, satu keperluan”, KAF Digital Media komited memupuk inisiatif masyarakat terutamanya yang beragama islam supaya menyediakan set kelengkapan pengurusan jenazah tersebut di setiap rumah.
“Pengeluaran sebanyak 1,500 set lengkap pengurusan jenazah edisi Datuk Mohammad Kazim Elias bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Edisi ini menampilkan Kazim Elias sebagai jurucakap,” katanya.

Lebih menarik, jelasnya, set ini didatangi lengkap dengan 22 jenis item antaranya jubah, telekung, sabun bidara, kain kafan, kapur barus dan pelbagai lagi. la juga boleh digunakan untuk jenazah lelaki dan perempuan.
“Setiap pengeluaran dikeluarkan sendiri dari kilang milik KAF Digital Media yang terletak di Desa Coalfield, Sungai Buloh.
“KAF Digital Media juga membuka jualan secara OEM dimana ilka terdapat mana mana pihak yang ingin membuat penjenamaan sendiri bagi set pengurusan jenazah dan menginfakkan set pengurusan jenazah,” ujarnya lagi.
Pembelian hanya boleh dibuat secara dalam talian di https://kafanmalaysia.com/
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








