BERITA SEMASA

Tunku Idris tegur orang ramai jangan main mercun berhampiran Hospital Sultanah Aminah

JOHOR BAHRU – Hospital Sultanah Aminah menjunjung kasih atas keprihatinan Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim yang menegur orang ramai supaya tidak bermain mercun di kawasan berhampiran hospital berkenaan.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, pihak hospital memaklumkan teguran Tunku Temenggong Johor itu mencerminkan keprihatinan terhadap kesejahteraan para pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital tersebut.

“Di sebalik dinding hospital ini, ada bayi yang baru lahir, warga emas yang uzur dan pesakit di ICU yang memerlukan rehat yang tenang untuk kembali pulih.

“Ayuh warga Johor, marilah kita saling bertimbang rasa. Elakkan bermain mercun atau membuat bising melampau di kawasan berhampiran hospital,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, Tunku Idris menerusi satu hantaran di platform Thread menegur orang ramai dengan menulis: “Tolong jangan main mercun di sebelah hospital (Hospital Sultanah Aminah).”

Teguran itu mendapat perhatian ramai dan dilihat sebagai peringatan supaya masyarakat lebih peka terhadap keadaan pesakit serta menghormati persekitaran hospital yang memerlukan suasana tenang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button