‘Tolong bagi cadangan kalau ada’ – PM
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh meminta pihak media mengemukakan cadangan senarai bakal menteri Kabinet yang baharu untuk dipertimbangkan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya desas-desus rombakan tersebut susulan ucapan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika berucap pada Majlis Penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) di sini hari ini.
“Tolong bagi cadangan kalau ada,” katanya ringkas.
Zambry yang juga Setiausaha Agung BN dalam ucapannya memberi bayangan akan meninggalkan kementerian itu antara dua tiga minggu lagi.
Ia susulan tempoh lantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara bakal tamat pada 2 Disember 2025 selepas mengangkat sumpah pada 2 Disember 2022.
Turut mengangkat sumpah pada tarikh sama ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














