Tindakan Kulasegaran wajar dikritik – Kamil Munim
CYBERJAYA – Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran yang dirakam mengiringi aktivis, Arumugam Dorasamy atau lebih dikenali sebagai Arun Dorasamy ke mahkamah, wajar dikritik.
Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Kamil Abdul Munim, tindakan Kulasegaran mungkin boleh diterima sekiranya beliau mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Dia adalah Timbalan Menteri Undang-Undang, bukan ketua biro perundangan mana-mana punya pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Bagaimana anda boleh muncul bersama orang kena tuduh (OKT),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Arun, 56, ditemani Kulasegaran dan barisan peguamnya tiba di mahkamah bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi WhatsApp.
Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




