BERITA SEMASALUAR NEGARA

Tiga maut, lebih 20 dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan pangsapuri di India

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya tiga maut manakala sembilan lagi cedera selepas sebahagian struktur sebuah bangunan empat tingkat di Virar East, daerah Palghar berhampiran Mumbai, runtuh malam tadi.

Menurut pihak berkuasa, dianggarkan antara lapan hingga 10 penduduk masih terperangkap di bawah runtuhan dan operasi menyelamat masih dijalankan.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat giat dilakukan dengan bantuan Jabatan Bomba Perbandaran Vasai Virar serta dua pasukan khas Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF).

Kejadian blok kediaman sebuah flat di Virar East, New Delhi yang runtuh, malam tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika sambutan majlis hari jadi seorang kanak-kanak perempuan di tingkat empat, anjung kiri bangunan dua blok berkenaan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, situasi gelap di lokasi menyukarkan operasi mengesan mangsa dan tidak menolak kemungkinan jumlah mangsa yang terperangkap lebih tinggi.

“Pasukan penyelamat terdiri daripada polis, bomba serta Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF), bersama beberapa ambulans, bergegas ke lokasi sejurus kejadian dilaporkan,” lapor media tempatan.

Setakat ini, lima individu berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

“Dianggarkan antara 15 hingga 20 orang masih berada di bawah runtuhan,” kata seorang saksi kejadian.

Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi mengenai jumlah korban jiwa diterima setakat ini.

Susulan itu, pihak berkuasa turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengosongkan satu lagi bahagian bangunan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sementara itu, tahap kerosakan sedang dinilai ketika operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan.

Dalam kejadian pada oktober 2019, 45 keluarga kehilangan tempat tinggal apabila rumah flat berusia 12 tahun di kawasan yang sama runtuh dan mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button