BERITA SEMASA

Tiada rakyat Malaysia terlibat penularan Hantavirus di kapal persiaran

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada di atas kapal persiaran antarabangsa yang dikaitkan dengan laporan penularan jangkitan Hantavirus baru-baru ini.

infografik kkm
Infografik KKM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya telah mengambil maklum mengenai situasi tersebut dan menjalinkan komunikasi langsung dengan pihak berkuasa kesihatan Singapura pada pagi ini.

Menurut beliau, dua kru kapal warga Singapura yang disyaki dijangkiti virus berkenaan telah disahkan negatif Hantavirus, manakala proses pengesanan kontak sedang giat dijalankan.

infografik kkm

“Walaupun situasi ini amat terkawal dan tidak melibatkan rakyat kita, KKM akan terus memantau rapi perkembangan wabak ini di peringkat global serta serantau bagi memastikan kesiapsiagaan sempadan dan sistem kesihatan negara berada pada tahap tertinggi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Dzulkefly berkata, Hantavirus merupakan virus bawaan tikus yang boleh merebak kepada manusia melalui udara tercemar dengan sisa kotoran, air kencing atau air liur haiwan tersebut.

infografik kkm

Jangkitan itu tidak boleh dipandang ringan kerana komplikasinya berpotensi membawa maut, dengan kadar kematian bagi Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS) boleh mencecah antara 30 hingga 40 peratus,” katanya lagi.

Beliau turut berkata, sehingga kini tiada ubat antivirus khusus bagi merawat jangkitan berkenaan, justeru langkah pencegahan dan kawalan kendiri menjadi benteng utama melindungi masyarakat daripada risiko penularan.

infografik hantavirus kkm

“Rakyat tidak perlu panik, namun kita mesti kekal berwaspada. Pastikan kebersihan kediaman dan premis kerja sentiasa terpelihara daripada ancaman haiwan perosak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai merujuk siri infografik yang dikongsikan KKM bagi meningkatkan kesedaran mengenai langkah pencegahan jangkitan Hantavirus.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button