BERITA SEMASA

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Bangkok

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok memaklumkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian tembakan rambang di Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, seorang lelaki bersenjatakan pistol telah menyerbu masuk ke dalam pusat beli belah berkenaan sebelum melepaskan tembakan, sekali gus mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan lima yang lain.

Katanya, penembak rambang tersebut juga dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa di tempat kejadian.

“Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Wisma Putra akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini dari semasa ke semasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button