
Tiada lesen, JPJ sita lori sampah dipandu warga asing
KAJANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menyita sebuah lori sampah yang dipandu oleh warga asing dalam satu operasi khas di Plaza Tol Sungai Balak, semalam.

JPJ Selangor berkata, hasil pemeriksaan mendapati pemandu berkenaan melakukan beberapa kesalahan termasuk tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), tiada Lesen Vokasional (GDL) serta kesalahan teknikal terhadap kenderaan yang digunakan.
“Kenderaan tersebut telah disita dan dibawa ke Stor Penyimpanan Kenderaan (SPK) Semenyih bagi siasatan serta tindakan lanjut,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
JPJ Selangor sentiasa memberi perhatian terhadap aduan orang awam dan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan semua kenderaan perdagangan mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya yang ditetapkan.
“JPJ komited memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemandu atau syarikat yang mengabaikan aspek keselamatan,” katanya lagi.
Dalam masa sama, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kesalahan lalu lintas boleh menyalurkan aduan melalui e-mel aduantrafik@jpj.gov.my atau aplikasi e-Aduan JPJ dengan menyertakan butiran lengkap pengadu dan kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








