Tiada campur tangan eksekutif dalam kes DNAA Ahmad Zahid – PM Anwar
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak campur tangan dalam keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid daripada 47 pendakwaan jenayah.
Sebaliknya, beliau meminta Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Idrus Harun memberi penjelasan berhubung keputusan DNAA tersebut dan jika boleh memohon Idrus menangguhkan keputusan itu.
“Kenyataan sebelum ini seolah-olah Perdana Menteri campur tangan. Kita cakap dengan hukuman dan keadilan, bukan dengan andaian. Apakah saya berbincang? Bila Peguam Negara buat keputusan, saya tanya dia apa alasan, dia beri 11 alasan, bukannya bincang.
“Tan Sri Idrus terpaksa tarik atas alasan tertentu, saya cakap tidak boleh tangguh? Dia cakap tidak boleh. Saya tahu ramai tidak puas hati, termasuk kawan-kawan saya, tapi saya faham. Tapi, janganlah menghukum saya campur tangan.
“Adakah ada rujukan? Ada. Sebelum ini beberapa rujukan membabitkan beberapa kes, Oleh kerana kes DNAA ini melibatkan kes dibangkitkan, akhirnya keputusan dibuat Peguam Negara,” katanya ketika sesi menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.
Tegas Anwar lagi, beliau mengetahui Peguam Negara memiliki budi bicara terhadap soal pendakwaan seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan beliau tidak campur tangan berhubung perkara itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








