BERITA SEMASA

Belanjawan 2024: Kawasan berteknologi tinggi baharu dibuka di Kerian – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan membuka kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak Utara.

Perdana Menteri berkata, langkah itu adalah bagi membina ekosistem lebih luas untuk kluster E&E di wilayah utara.

“Kawasan Perindustrian di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Kulim Hi-Tech Park, Kedah telah menghimpunkan syarikat terkemuka dunia dalam sektor E&E.

“Bagi membina ekosistem lebih luas untuk kluster E&E di wilayah utara, kerajaan akan membuka kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak Utara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, tanggungjawab MITI dan MIDA tidak lagi hanya tertumpu kepada kelulusan insentif pelaburan semata-mata tetapi perlu mempermudah urusan pelaburan FDI dan DDI bermula
daripada permohonan sehinggalah pelaburan itu direalisasikan.

Untuk itu, katanya, sebuah Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) telah
ditubuhkan dan bertanggungjawab melaporkan secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button