
Pengurangan subsidi hanya libatkan golongan T20 – PM Anwar
KUALA LUMPUR – Tindakan segelintir pemimpin politik menggerakkan kempen mendakwa kerajaan mengurangkan pemberian subsidi kepada semua lapisan masyarakat adalah tidak wajar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan sedemikaian sebagai tidak wajar kerana pengurangan pemberian subsidi itu hanya membabitkan inisiatif kadar elektrik dan haji bagi golongan T20 sahaja.
“Saya kurang faham, mana kurangnya subsidi? Kita kurangkan (subsidi elektrik dan haji) bagi golongan kaya, bukan untuk rakyat tetapi hanya bagi golongan maha kaya.
“(Pemberian subsidi) tidak dikurangkan bagi majoriti rakyat dan 90 peratus tidak terkesan. Malah, kadar elektrik bagi industri sederhana kecil (IKS) dan makanan tidak dinaikkan.
“Kenapa nak politikkan isu ini? Kita nak jadi jaguh siapa?” katanya ketika sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar berkata demikian bagi menjawab Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengenai pendekatan pengurangan pemberian subsidi yang membebankan rakyat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








