Tiada cadangan kurangkan subsidi diesel Sabah, Sarawak buat masa ini
PUTRAJAYA – Kerajaan belum membincangkan secara khusus cadangan pengurangan harga subsidi diesel di Sabah dan Sarawak seperti yang dilaksanakan di Semenanjung.
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, fokus semasa kerajaan adalah meneliti mekanisme subsidi diesel yang lebih bersasar bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Menurut beliau, pendekatan itu berkemungkinan menggunakan kaedah seumpama pelaksanaan BUDI RON95 tetapi disesuaikan untuk pengguna diesel.
“Pada waktu ini belum dibincangkan secara khusus cadangan pengurangan harga subsidi diesel di Sabah dan Sarawak seperti yang dilaksanakan di Semenanjung.
“Apa yang sedang dibincangkan adalah mekanisme yang mungkin lebih bersasar seumpama penyampaian subsidi bagi BUDI RON95 tetapi bertujuan untuk mereka yang menggunakan diesel,” katanya dalam sidang media mingguan hari ini.
Beliau berkata, perkara itu masih dalam penelitian Kementerian Kewangan sebelum sebarang pelaksanaan dibuat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













