BERITA SEMASA

Thailand sita 100,000 liter diesel milik syarikat Malaysia di Sadao

SONGKHLA – Pihak berkuasa Thailand menyita sebanyak 100,000 liter diesel milik sebuah syarikat logistik Malaysia dalam satu operasi di Sadao, wilayah Songkhla, semalam.

Gabenor wilayah berkenaan, Rattasart Chotchu berkata, operasi itu dijalankan hasil maklumat awam yang membawa kepada risikan serta tindakan bersama polis, tentera dan pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati bahan api tersebut disembunyikan di dalam tangki bawah tanah milik syarikat terbabit.

“Siasatan awal mendapati syarikat berkenaan, yang dimiliki oleh warga Malaysia, menyimpan 100,000 liter diesel tanpa lesen sah,” memetik Awani online.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati diesel itu dipercayai dibawa masuk dari Malaysia sebelum diseludup ke Thailand.
Dalam operasi sama, seorang pekerja warga tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Rattasart berkata, pihak polis Wilayah 9 telah menyita bahan api tersebut dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bahan Api 1999 kerana memiliki serta menyembunyikan bahan api tanpa kebenaran.

Kes berkenaan mencerminkan usaha berterusan pihak berkuasa Thailand dalam membanteras aktiviti penyeludupan bahan api rentas sempadan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button