Terperangkap kepala air, bomba selamatkan 14 individu termasuk kanak-kanak
HULU SELANGOR – Seramai 14 individu termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan bomba selepas terperangkap di tengah Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, di sini, susulan kejadian kepala air petang semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.03 petang.
Menurutnya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama sebuah jentera kemudian digerakkan ke lokasi.
“Komander Operasi melaporkan seramai 14 individu terperangkap di tengah sungai, terdiri daripada 13 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.
“Anggota bertugas kemudian dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batang Kali bagi menjalankan operasi menyelamat menggunakan teknik ‘river crossing’,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari tengah sungai dan diselamatkan ke tebing dalam keadaan selamat.
Operasi menyelamat kemudian ditamatkan selepas semua mangsa berjaya dikeluarkan dari kawasan berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








