BERITA SEMASA

Taman Persekutuan Bukit Kiara perlu zon penampan lindungi biodiversiti

KUALA LUMPUR – Taman Persekutuan Bukit Kiara perlu dilindungi melalui pewujudan zon penampan bagi memastikan kelestarian ekologi dan biodiversitinya terus terpelihara.

hannah yeoh
Hannah Yeoh memerhatikan kelip-kelip di Taman Persekutuan Bukit Kiara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah), Hannah Yeoh berkata, sebagai taman persekutuan pertama di Malaysia, kawasan itu mempunyai nilai biodiversiti yang tinggi serta unik.

Menurutnya, taman berkenaan menjadi habitat kepada sembilan spesies kelip-kelip selain pelbagai hidupan liar lain yang jarang ditemui di kawasan bandar.

“Persekitaran semula jadi taman ini perlu dilindungi daripada tekanan pembangunan yang semakin menghampiri,” katanya dalam satu hantaran di media sosial selepas melakukan lawatan tapak ke lokasi tersebut.

Lawatan itu turut disertai Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadhlun Mak Ujud serta wakil komuniti Friends of Bukit Kiara.

Beliau berkata, usaha mewujudkan zon penampan amat penting bagi menjamin perlindungan jangka panjang terhadap kawasan hijau berkenaan selain memastikan keseimbangan ekosistem terus terpelihara.

“Kerjasama antara pihak berkuasa dan komuniti setempat perlu diperkukuh dalam memelihara kawasan semula jadi tersebut daripada sebarang ancaman pembangunan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button