Surat gratuiti RM26 juta tular palsu – KKR
KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) menafikan pengeluaran sepucuk surat bertarikh 28 Julai 2025 yang tular di media sosial berhubung bayaran gratuiti berjumlah lebih RM26 juta kepada waris seorang individu.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan bahawa surat tersebut adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh kementerian atau dirinya secara peribadi.
“Kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang jemputan rasmi berkaitan majlis penyerahan bayaran gratuiti seperti yang didakwa.
“Itu jelas merupakan dokumen palsu yang mengandungi unsur penipuan dan penyamaran,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, pihak kementerian telah mengambil maklum mengenai penyebaran surat palsu itu dan kini bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dan diminta menyemak sebarang maklumat meragukan melalui saluran rasmi kementerian di laman sesawang www.kkr.gov.my atau menghubungi talian rasmi KKR.
Terdahulu, tular surat didakwa dikeluarkan oleh KKR yang memaklumkan tentang majlis penyerahan bayaran gratuiti kepada waris seorang individu, kononnya dijadual berlangsung hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








